Monday, 30 October 2017

PENGALAMAN SAYA - PART 1 : PERIKSA TAHAP KESUBURAN DI LPPKN


|   TTC @30/10/2017   |


STAGE 1: First Appointment with LPPKN


➤ Tarikh: 30hb Oktober 2017
➤ Hari: Isnin
➤ Masa: 08:30
➤ Tempat: LPPKN, Kuala Lumpur
➤ Bayaran: MYR65.00

Hari ni 1st appointment aku & suami di LPPKN. Appointment ni kne set dl tau..by call je nk booking slot…

Kul 08:30 kami sampai di sana..pegi ke tingkat 6 & terus register di kaunter..nurse di sana akan amik details korg utk buka fail…

Then kami tggu hingga dipanggil…Dalam 30 minit menunggu, kami dipanggil…suami diarah pegi ke tingkat 7 untuk proses pengeluaran sperm…sperm tu nanti akan dianalisis…

Sementara tggu suami settle kan hal die, aku dipanggil & di interview…soalan yg ditanya adalah berhubung hal peribadi..antaranya, dah kahwin berapa lama, berapa kerap bersama, ada apa-apa sakit tak waktu bersama, pernah bertukar pasangan & dll…jawabla soalan-soalan tu dgn jujur ye utk dapatkan keputusan yg accurate…

Tak lama lepas tu, suami pn selesai hal di tingkat 7…so dia pulak dipanggil utk diinterview…soalan lebih kurang sama je…

Dah selesai sesi tu interview individu, kami dipanggil…kali ni dia bagitau keputusan ujian sperm td…Alhamdulillah part suami semua ok…so, aku diberi satu kertas & diminta utk baca & fahamkan arahan yg diberi utk prosedur yg seterusnya…
Then nurse akan terangkan balik satu persatu hingga faham..tanyela byk mane pn, akan tetap dilayan…

Ni list arahan / panduan yg dorg bagi


PERSEDIAAN SEBELUM BERJUMPA DOKTOR


1) Hari pertama haid, telefon (Pusat X-ray HSG swasta) untuk dapatkan temujanji X-Ray HSG

2) Datang ke klinik untuk ujian darah kali pertama isteri / suami antara hari ke-2 hingga ke-5 haid

3) Pastikan pergi ke ujian X-ray HSG pada tarikh yang telah ditetapkan (biasanya hari ke—hingga ke-15)

4) Isteri perlu datang ke klinik untuk ujian darah kali kedua (hari ke-21 haid) – Appointment akan diberi oleh jururawat. Serahkan salinan laporan X-ray HSG pada hari tersebut

5) Tarikh temujanji untuk jumpa doktor akan diberikan selepas selesai ujian darah kali kedua. Sila bawa sekali Filem X-ray HSG & hadir bersama suami ketika temujanji dengan doktor.

Abis je sesi penerangan prosedur tu, kitorg buat pembayaran di kaunter…sesi pertama ni abis @11:00…

No comments:

Post a Comment