Friday, 21 September 2018

ILMU l SINOPSIS JUZUK 30 DARI AL QURAN




Selalu kt baca sinopsis pasal movie / novel.. kali ni kt try lak bace sinopsis pasal Juzuk 30 dalam Al Quran...semoga bermanfaat...



SINOPSIS JUZUK 30

NO.
SURAH
TEMA
PERIHAL
1.
SURAH AN-NABA’
(Berita Penting)
Penetapan kejadian hari kebangkitan
·      Perkhabaran tentang bukti-bukti kuasa Allah dan bukti hari kebangkitan
·      Semua perkara tertulis dalam buku catatan (Ayat 29)
2.
SURAH AN_NAZI’AT
(Para Pencabut)
Peringatan tentang situasi di hari kiamat
·      Dua situasi manusia – berdebar ketakutan & pandangan yang tertunduk gerun
·      Manusia akan dapat mengingati semua amal yang pernah dilakukan (Ayat 35)
3.
SURAH ‘ABASA (Bermasam Muka)
Hiburan untuk orang yang lemah di kalangan orang mukmin
·   Manusia akan menjadi sangat sibuk di hari akhirat
·   Pengajaran surah: Nilai seseorang itu tidak terletak pada pangkat kebesaran & kekayaan tetapi pada keimanan & keikhlasan
4.
SURAH AT-TAKWIR (Penggulungan Matahari)
Aman di akhirat dengan mengikut jalan Ar-Rahman
·   Salah satu surah yang menyebabkan rambut Nabi Muhammad S.A.W beruban kerana beratnya isi kandungan surah
·   Mengandungi 12 sumpah Allah
5.
SURAH AL-INFITAR (Terbelah Langit)
Amaran tentang tipu daya dunia
·   Manusia sentiasa didampingi oleh Malaikat Pencatat Amalan (Ayat 10 – 12)
·   Pembongkaran amalan yang telah dilakukan & juga yang diabaikan
6.
SURAH AL_MUTAFFIFIN (Orang Yang Curang)
Ketinggian akhlak dalam Islam
·   Cerita tenteng orang yang curang dalam timbangan
·   Buku catatan amalan manusia: Al-Fujjar (orang yang derhaka) terletak di Sijjin & Al-Abrar (orang yang taat) terletak di Illiyin
7.
SURAH AL-INSYIQAQ (Terbelah Langit)
Pembongkaran amalan di akhirat
·   Penerima buku amalan dari sebelah kanan, hisabnya diringankan & sebaliknya
·   Salah satu surah yang dicadangkan Nabi Muhammad SAW untuk dipelajari dan difahami
8.
SURAH AL-BURUJ (Gugusan Bintang)
Berpegang teguh dengan aqidah
·   Allah SWT memaparkan kisah benar tentang penggali parit dengan seorang budak lelaki
9.
SURAH AT-TARIQ (Yang Dapat Dilihat Pada Malam Hari)
Kejadian manusia merupakan bukti ke-Esa an Allah SWT
·   Allah SWT menyebutkan hakikat hari akhirat
·   Segala rahsia & isi hati akan dibuka pada hari akhirat
10.
SURAH AL-A’LA (Yang Maha Tinggi)
Peringatan kepada orang mukmin tentang kehidupan akhirat
·   Allah SWT mengingatkan bahawa kehidupan akhirat lebih baik dan kekal berbanding dunia (Ayat 16)
11.
SURAH AL-GHASHIYAH (Hari Kiamat)
Peringatan balasan kepada orang yang taat & orang yang kafir
·   Balasan kepada orang yang taat (Ayat 8 – 16)
·   Balasan kepada orang yang kafir (Ayat 2 – 7)
12.
SURAH AL-FAJR (Waktu Fajar)
Pengawasan daripada Allah SWT
·   Kisah 3 kaumyang telah Allah SWT musnahkan: Kaum Aad & Thamud serta Firaun & pengikutnya
·   4 ciri penghuni neraka: Tidak memuliakan anak yatim & memberi makan kepada mereka, makan harta warisan secara batil serta cinta harta berlebihan
13.
SURAH AL-BALAD (Negeri)
Dunia tempat ujian dan kesusahan
·   Allah SWT menyebutkan dua golongan manusia:
·   Ciri golongan kanan (Ashabul Maimanah) (Ayat 13 – 18)
·   Ciri golongan kiri (Ashabul Mash’amah) (Ayat 19)
14.
SURAH AS-SYAMS (Matahari)
Penyucian jiwa antara kejayaan dan kerugian
·   Mengandungi 11 sumpah Allah SWT
·   Allah SWT memberi penegasan tentang kejayaan orang yang mensucikan jiwanya & kerugian orang yang mengotori jiwanya (Ayat 9 – 10)
15.
SURAH AL-LAIL (Malam)
Pemurah & Bakhil
·   Jalan mudah ke syurga: Infaq, Taqwa, Membenarkan perkara yang baik
·   Jalan susah ke syurga: Bakhil, Merasa cukup serba serbi, tidak membenarkan perkara yang baik
16.
SURAH AD-DHUHA (Waktu Dhuha)
Perhatian Allah SWT kepada RasulNya
·   Kandungan surah: dua sumpah, tiga berita gembira, tiga nikmat, tiga pesanan
17.
SURAH AS-SYARH (Kelapangan)
Nikmat-nikmat Allah SWT ke atas Nabi Nya
·   Nikmat yang sangat besar di dunia selepas nikmat iman ialah dilapangkan dada
·   Nikmat yang besar di akhirat ialah dihapuskan dosa
18.
SURAH AT-TIN (Buah Tin)
MAnusia sebaik-beik penciptaan
·   Manusia akan kekal menjadi sebaik-baik penciptaan sekiranya ia beriman dan beramal soleh
·   Manusia akan menjadi seburuk-buruk kejadian sekiranya ia tidak beriman dan beramal soleh
19.
SURAH AL-‘ALAQ (Segumpal Darah)
Kemuliaan manusia dengan ilmu & ibadah
·   Banyakkan bersujud & solat merupakan amalan yang bagus untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
20.
SURAH AL-QADR (Kemuliaan)
Kelebihan malam al-Qadr
·   Nilai malam lailatulqadar ini bersamaan dengan 1,000 bulan
21.
SURAH AL-BAYYINAH (Bukti Yang Nyata)
Agama Allah hanyalah satu (Islam)
·      Allah SWT menyebut bahawa inti utama ibadah ialah ikhlas hanya keranaNya
22.
SURAH AL-ZALZALAH (Kecengangan)
Hisab di hari akhirat sangat terperinci
·   Segala amal yang dilakukan akan dihisab samada amal baik atau buruk walaupn sebesar zarah
23.
SURAH AL-‘ADIYAT (Kuda Perang)
Penyebab kecelakaan manusia
·   Antara penyebab utama manusia mendapat kebinasaan di akhirat ialah kerana kufur nikmat
24.
SURAH AL-QARI’AH (Hari Kiamat)
Situasi di hari kiamat
·   Situasi pertama: Golongan yang amal baiknya lebih berat
·   Situasi kedua: Golongan yang amal buruknya lebih berat
25.
SURAH AT-TAKATHUR (Bermegah-Megah)
Ancaman Allah kepada yang lalai kepada akhirat
·   Punca lali: Panjang angan-angan, urusan dunia (jual beli) dan harta & anak-anak
26.
SURAH AL-‘ASR (Masa / Waktu)
Kerugian & kejayaan yang sebenar
·    4 ciri orang yang beruntung
27.
SURAH AL-HUMAZAH (Pengumpat)
Manusia yang tertipu dengan harta benda
·   Tipu daya harta menyebabkan manusia menghabiskan masa mengumpul harta & lalai memikirkan kehidupan akhirat
28.
SURAH AL-FIL (Gajah)
Kurniaan Allah SWT terhadap orang Quiraisy
·   Kisah tentera bergajah yang dibinasakan
·   sebagai amaran Allah SWT kepada Quraisy
29.
SURAH QURAISY (Suku Quraisy)
Kemuliaan orang Quraisy yang pandai berdagang
·   Umat yang Allah muliakan sehingga mereka selamat untuk berdagang pada musim sejuk dan musim panas
30.
SURAH AL-MA’UN (Bantuan)
Peringatan tentang hak Allah & hak manusia
·   Hak terhadap Allah: ibadah solat
·   Hak terhadap manusia: zakat, sedekah & kebajikan
31.
SURAH AL-KAUTHAR (Nikmat Yang Banyak)
Kurniaan Allah SWT ke atas nabiNya
·   2 ibadah yang mulia: solat keranaNya & korban binatang ternakan
32.
SURAH AL-KAFIRUN (Orang-Orang Kafir)
Menjauhi diri dari kesyirikan
·   Salah satu daripada tiga surah yang Allah SWT namakannya dengan nama kumpulan manusia
33.
SURAH AN-NASR (Pertolongan)
Petanda hampirnya ajal Nabi Muhammad SAW
·   Sumber kemenangan adalah daripada Allah SWT
·   kemenangan yang hakiki ialah apabila manusia masuk Islam secara berbondong-bondong
34.
SURAH AL-MASAD (Sabut)
Balasan terhadap musuh-musuh Islam
·   Musuh Islam terdiri daripada kalangan kaum kerabat dan juga orang luar
35.
SURAH AL-IKHLAS (Ikhlas)
Mentauhidkan Allah SWT
·   5 sifat Allah SWT: Tiada sekutu bagiNya, tidak berhajat kepada makhluk, tiada permulaan & pengakhiran & tiada yang serupa denganNya
36.
SURAH AL-FALAQ (Waktu Subuh)
Perlindungan Allah SWT daripada kejahatan dunia
·   4 kejahatan: Makhluk-makhluk, waktu malam, perbuatan (menyihir) & jiwa (hasad)
37.
SURAH AN-NAS (Manusia)
Perlindungan Allah daripada perkara yang boleh merosakkan agama
·   Perkara yang merosakkan agama iaitu perasaan was-was yang dating dari syaitan


No comments:

Post a Comment