- Berhenti menilai & menghukum orang lain tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.
- Boleh menerima orang lain seadanya. Faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.
- Berani melepaskan kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.
- Berhenti mengharap & meminta dari orang tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi tetapi jangan pernah meminta.
- Melakukan sesuatu hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.
- Berhenti menunjukkan kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.
- Berhenti membandingkan nasib sendiri dengan nasib orang lain. Membandingkan nasib diri semalam. Berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.
- Boleh bezakan kehendak dan keperluan lalu mengutamakan keperluan dari kehendak.
- Berhenti meletakkan nilai kebahagiaan pada kebendaan, lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan"
- Tidak ada niat mahu menunjuk diri sendiri adalah yang terbaik sebaliknya hati memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.
Friday, 17 November 2017
FAKTA | Tanda Matang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment