APA ITU RUMAWIP?
RUMAWIP stands for Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan
- Salah satu inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
- Dilancarkan pada 8hb April 2013
- Menyediakan kediaman mampu milik
- Sasaran sebanyak 80,000 unit kediaman mampu milik di Wilayah Persekutuan dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2014 hingga 2018
- Bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana yang menetap / bekerja di Wilayah Persekutuan untuk memiliki kediaman sendiri
- Pemaju bertindak membangunkan projek berkenaan dan menerima insentif pembangunan sebagai pulangan terhadap obligasi tersebut
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan juga terlibat dalam pengurusan program RUMAWIP
HARGA RUMAWIP?
- Ditetapkan tidak melebihi RM300,000-00 seunit
- Dilengkapi dengan kemudahan asa yang bersesuaian dengan keperluan dan keselesaan kediaman masa kini
- Kategori RUMAWIP:
sumber: KWP
DASAR RUMAWIP
- Berkuatkuasa mulai 28hb Mac 2013 ⇒ penetapan beberapa syarat kelayakan permohonan RUMAWIP & insentif pembangunan kepada pemaju yang membangunkan RUMAWIP
- Syarat permohonan RUMAWIP ⇒ Pemohon berumur 18 tahun ke atas & pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) & RM15,000 (suami dan isteri)
- Antara insentif yang ditawarkan kepada pemaju adalah pengecualian caj pembangunan mengikut peratusan RUMAWIP yang dibina dan kebenaran meningkatkan kepadatan penduduk dan pembangunan perdagangan maksima 10% di dalam kawasan yang sama
- Kaedah pelaksanaan RUMAWIP meliputi pembangunan kediaman di atas tanah persendirian dan tanah Kerajaan
- Minima 50% unit RUMAWIP perlu dibina atas tanah Kerajaan manakala minima 30% RUMAWIP perlu dibina atas tanah persendirian
- Urusan pendaftaran dan permohonan RUMAWIP adalah dibuat secara atas talian.
- Pemohon hendaklah berdaftar, mengisi borang permohonan melalui portal dan mencetak borang permohonan bersama-sama dokumen sokongan untuk dihantar ke Pejabat Urusetia RUMAWIP.
- Proses permohonan adalah seperti berikut:
Pendaftaran ⇒ Pelancaran Projek ⇒ Permohonan ⇒ Pemilihan Projek ⇒ Serahan
Dokumen ⇒ Penawaran ⇒ Pemilihan Unit ⇒ Urusan Jual Beli ⇒ Pinjaman ⇒
Serahan Kunci
Ni adalah serba sedikit maklumat mengenai RUMAWIP yang dapat dikongsikan..tak salahkan nk share info yg kt ade...Haraf bermanfaat...
No comments:
Post a Comment