Thursday, 26 July 2018

RESEPI | MEE HOON GORENG DAGING



BAHAN KISAR

Mee Hoon cap Jasmine - rendam
Daging - dipotong kecil

2 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
Segenggam Udang Kering / Ikan Bilis

4 sudu besar Cili Kisar

Minyak masak
3 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Sos Tomato
3 sudu besar Sos Seafood

Sayur - Sawi / Taugeh

HIASAN

Telur dadar
Cili Merah

CARA-CARANYA:

Goreng daging dengan minyak sehingga air daging kering...bila dah kuar minyak, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak...then masukkan cili kisar & tumis sehingga garing...bila dah garing baru masukkan sos cili, sos tomato, sos seafood & gaul sebati...perasakan dengan garam...then masukkan mee hon yang dah ditoskan airnya...gaul...masukla taugeh / sawi...gaul sampai kering...then siap...ummmm...yummy!!!



Wednesday, 18 July 2018

KHASIAT | SERAI


SERAI


Kali ni kita cerita pasal khasiat SERAI...Semua org tau serai ni adalah sejenis makanan yg selalunya org kita jadikan sebagai rencah masakan...Actually serai ni banyak khasiatnya...antaranya...serai mempunyai bahan ANTISEPTIK yg berperanan untuk membunuh mikroorganisma merbahaya macam bakteria, kulat or parasit-parasit yg terdapat dalam saluran pencernaan kita iaitu USUS...

Serai gak mengandungi kandungan zat besi yg dilihat mampu membantu dalam mencegah penyakit ANEMIA..haaa...yg bestnye psl serai ni...ianya merupakan ANTI-KANSER yg boleh membunuh sel-sel kanser (bantu mencegah kanser)...

Uiiisssshhh...byknye khasiat SERAI...ada lagi tau...SERAI gk boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat ARTRITIS, GOUT, MASALAH SALURAN AIR KENCING TERSUMBAT memandangkan ia mempunyai sifat ANTI-RADANG dan ANTISEPTIK...

Masya ALLAH...kuasa ALLAH hebat kan...

SERAI ni juga bersifat DETOKSIFIKASI & boleh digunakan untuk "membersihkan" hati, buah pinggang, pundi kencing serta membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan...selain itu, ia turut menyingkirkan kesan toksik dalam badan di samping mengurangkan rasa pedih ulu hati...

haaa...bagi yg ade masalah penghadaman, serai boleh memperbaiki masalah tersebut termasuk masalah pencernaan, sembelit, perut kembung & muntah-muntah...

Tahap kolestrol yg tinggi sebenarnye mampu menyumbang kepada kemudharatan...so SERAI ni ALLAH kurniakan pada kita dengan sifat ANTI-KOLESTROL yg dapat membantu penyerapan kolestrol dalam usus & darah...dengan meminum JUS SERAI, ia bertindak mencairkan lemak dengan cara DETOKSIFIKASI dan hebatnya SUBHANALLAH ianya dapat membantu menyingkirkan sisa lemak dalam jumlah yang sangat tinggi...

SANGAT BERKESAN & HASILNYA SANGAT CEPAT...

JOM TRY!!!

Kita hanya berusaha...ALLAH yg memberi KESEMBUHAN...

DOA, USAHA & TAWAKKAL YA!!!